Balasan kepada isteri curang tidur dengan teman lelaki



Assalamualaikum pembaca,
Saya hanya mahu berkongsi kisah tentang isteri yang curang di mana Allah telah memberi balasan semasa masih hidup lagi. Kejadian ini berlaku kepada saudara terdekat iaitu ibu saudara saya. Suaminya bekerja sebagai peneroka. Dia selalu masuk hutan dan bekerja di sana selama berminggu-minggu. Tetapi jika pulang, dia akan membawa pulang wang yang banyak. Semuanya diberikan kepada isterinya. Isterinya pula hanya tahu berpoya-poya, berhias di hadapan bukan muhrimnya, pandu kereta mewah, keluar ke sana-sini dan tinggalkan anak merata-rata. Anak-anaknya langsung tidak terurus. Suaminya bekerja susah-payah untuk kesenangan isteri dan anak-anaknya.
Dalam masa yang sama, kami sekeluarga dapat mengagak yang suaminya sudah dibomohkan. Kerana dia terlalu mendengar kata isterinya. Semua yang isterinya perintahkan dia akan ikut. Sehingga isterinya mencuri di kedai runcit pun suaminya percaya isterinya tidak mencuri sedangkan dia ditangkap oleh orang kampung. Selain itu ibu saudara saya juga selalu tidur bersama teman lelakinya. Tetapi suaminya tetap tidak percaya walaupun jabatan agama sudah beberapa kali cuba untuk menangkap mereka berdua tetapi sering gagal kerana adiknya juga membuat maksiat di dalam rumah tersebut. Paling sedih, semasa mereka membuat maksiat, anak-anaknya yang 5 orang itu ada di dalam rumah. Kami sangat kasihan melihat nasib mereka kerana mereka yang masih kecil.
Pada satu malam, suaminya bekerja di hutan lagi. Ibu saudara saya mahu pulang ke rumah kerana suaminya di hutan. Ketika itu ibu saudara saya berada di rumah ibunya. Suaminya menghalang isterinya pulang kerana sudah jauh malam. Lagipun suaminya akan pulang esok jadi ia mahu pulang bersama-sama. Tetapi isterinya sangat degil. Dia tetap juga mahu pulang. Sedangkan sebenarnya dia mahu berjumpa dengan kekasihnya untuk bermadu kasih. Jadi, pulanglah isterinya bersama 5 orang anak dan adiknya yang bongsu. Semasa dalam perjalanan pulang, mereka telah kemalangan dan semua di dalam kereta mati di tempat kejadian. Saya sangat sedih melihat anak-anak yang masih kecil tetapi mereka mati dalam keadaan tersenyum. Hanya darah yang keluar melalui hidung dan telinga. Manakala ibu mereka sangat teruk keadaannya. Keluarga saya sendiri yang memandikan semua jenazah. Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa tetapi itulah balasan isteri yang curang kepada suami semasa hidupnya.
Semasa nak dibawa jenazah ibu saudara saya ke kubur, jenazahnya menjadi sangat berat dan terpaksa menggunakan kudrat 6 orang lelaki untuk mengangkatnya. Wajah juga sangat ngeri. Telefon arwah sudah awal-awal disorokkan oleh adiknya. Kononnya mahu sorokkan perbuatan kakaknya yang curang itu. Semasa di kubur, datang lagi ujian Allah. Kuburnya banjir. Penuh dengan air. Seperti tanah tidak mahu menerima mayatnya. Sedangkan kubur itu di atas bukit dan waktu itu tengahari. Kami pelik dari mana datangnya air itu.
Suaminya pula menyalahkan arwah isterinya kerana degil mahu pulang pada malam itu walau sudah dilarang. Biasanya dia sangat menyokong arwah isterinya itu. Tetapi kali ini dia memang marah dan menyesali kematian semua anaknya, bukan isterinya. Dia meraung-raung kesedihan. Kami semua sangat sedih melihat keadaannya. Seolah-olah dia baru tersedar daripada mimpi. Dia mengaku dia memang bodoh selama ini. Apabila ibu saudara saya meninggal, datang kawan-kawannya mengaku yang mereka pernah temankan arwah ibu saudara saya berjumpa bomoh untuk bodohkan suaminya supaya mengikut telunjuk isteri. Segala aib arwah didedahkan.
Itulah balasan Allah di dunia kepada isteri yang curang. Belum di akhirat lagi berbagai-bagai yang Allah tunjuk. Semasa kejadian itu berlaku, saya belum berkahwin lagi. Kini saya sudah bersuami dan mempunyai seorang anak. Saya nekad untuk menjadi isteri solehah dan tidak akan curang kepada suami. Saya tahu besar dosanya curang kepada suami. Dosa zina jika tidak diampunkan suami pasti ke neraka jahanamlah kita para isteri. Hargailah suami anda semasa dia masih hidup. Orang lain bersusah-payah tetapi tidak dapat diberikan rezeki oleh Allah. Mengapa kita yang sudah berkahwin mahu kufur akan nikmat Allah. Baik dan buruk sepatutnya dihadapi bersama. Saya tahu hikmah Allah mengambil nyawa semua anaknya kerana tidak mahu ayahnya susah menjaga semua anak yang cacat akibat kemalangan. Allah maha besar. Semasa dalam perjalanan ke tanah perkuburan saya lihat sendiri betapa hancurnya kereta yang dipandu arwah ibu saudara saya.
Saya berharap kisah saya ini dapat memberi pengajaran kepada semua pembaca. Ingat, janji Allah itu pasti. Hargailah apa yang anda ada sekarang. Menyesal kemudian tidak berguna